Friday, October 14, 2011

Maharaja Lawak Mega

SELEPAS Raja Lawak, Maharaja Lawak kali ini diadakan pula Maharaja Lawak Mega selepas mengambil kira sambutan dan populariti program ini yang masih panas. Maharaja Lawak Mega ini menawarkan hadiah agak lumayan iaitu wang tunai RM350,000 kepada juara.

Jika Maharaja Lawak menjadi platform untuk menguji bakat bekas finalis akhir Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima, berlainan pula dengan Maharaja Lawak Mega yang memfokuskan kepada pelawak profesional.

Menampilkan barisan pelawak terkenal dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, program yang akan bersiaran di Astro Warna pada 28 Oktober depan itu diharap mampu menggarap bakat pelawak yang sudah dikenali itu.

Menurut Pengurus Pakej Mustika, Nizam Sani, program yang menampilkan 41 pelawak terkenal dengan 17 kumpulan dan solo itu diadakan bertujuan untuk mencari pelawak ‘terbaik di antara yang terbaik’ di Asia Tenggara.

Namun mewujudkan semula jenama sedia ada bukan bertujuan untuk memanipulasi program terbabit, tetapi adalah untuk membawa nama Malaysia ke peringkat luar seperti program realiti lain dari barat.

Nama besar seperti Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramlie, Jalil Hamid, Didie Alias, Enot, Harun Salim Bachik, Os, Abon, Yassin dan Bell Ngasri di antara yang akan menghangatkan lagi pentas Maharaja Lawak Mega, manakala AC Mizal sebagai pengacara.

Pemilihan peserta dari luar negara juga dibuat berdasarkan personaliti mereka dan mempunyai nama di negara sendiri. Bahkan setiap peserta diberi kebebasan dalam memilih anggota kumpulan sendiri bagi menempuh ujian yang bakal di tempuhi selama 10 minggu.

Senarai peserta Maharaja Lawak Mega

Pimai : Sathia, Imuda, Mat Over (Malaysia)
Hiro : Hamdan, Illya, Ropie (Malaysia)
Boboi : Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik (Malaysia)
Anje : Achong Sweet Child, Joey Daud (Malaysia)
Osbon : Mr Os, Abon (Malaysia)
Syok : Suhaimi, Ifa Raziah, Arif Sudin (Malaysia/Singapura)
Gebu : Hani, Azian (Singapura)
BP : Bob Kuman, Sobri (Malaysia)
Lanun : Jegan, Elyas, Salman (Malaysia)
JH : Jalil Hamid (Malaysia)
Adlin : Adlin Aman Ramlie (Malaysia)
Rap : Aziz Kota, Pak Lah, Rama (Malaysia)
Comel : Bell Ngasri, Radhi Khalid (Malaysia)
3G : Yassin, Didie Alias, Enot (Malaysia)
Bawel : Dodon, Amin Bawel, Dadang (Indonesia)
Saechu : Eko, Bocil, Vicha (Indonesia)
Caer : Adetao, Mr Ibo, Decaer (Indonesia)

No comments:

Post a Comment