Saturday, October 29, 2011

fakta menarik filem Harry Potter #2



skrip untuk Chamber of Secret asalnya memerlukan Hermione akan memeluk Harry dan Ron dalam adegan terakhir. namun Emma Watson malu-malu kucing lak. jadi, Chris Columbus dibenarkan untuk menukar adegan tersebut supaya Hermione hanya peluk harry kemudian mula memeluk Ron tetapi kedua-duanya segan dan diubah dengan hanya berjabat tangan. (eleh..padahal last2 ko cium jugak mamat tu..)



j.k. Rowling pernah berkata bahawa Voldemort disebut tanpa huruf "t".. (ntah hape bunyi daa..)

j.k. Rowling menulis kira-kira 5 halaman perkataan bermula dengan "Q" sebelum membuat idea perkataan "Quidditch".. (Qalcuta.. Quch Quch Hota Hai..)

Slytherin adalah pasukan yang pertama dan terakhir yang disebut dalam Harry Potter

Emma Watson terpaksa memakai rambut palsu dalam beberapa adegan bahagian Deathly Hallows part 2 selepas dia memotong semua rambutnya.. (adoy..pakai jela pape sihir mintak rambut tumbuh balik..ape susah..)

sepanjang filem-filem Harry Potter, 6 pelakon telah memainkan watak Voldemort.

adegan Voldemort dan Draco berpelukan dalam Deathly Hallow part 2 mengambil kira-kira 25 kali cubaan, tetapi sebenarnya adegan tersebut bukan dalam skrip. (bodoh jugak diorg ni)

Bellatrix adalah perkataan latin yang bermaksud "female warrior".

Emma Thompson menerima peranan Profesor Trelawney untuk menarik perhatian anak perempuannya berusia 4 tahun.

sesetengah peminat menganggap bahawa Snape adalah Dracula, kerana pemakaiannya sering disamakan dengan kelawar..

nagini bukan ular yang sama dengan yang Harry lepaskan dari zoo dalam filem pertama.

watak Severus Snape adalah berasaskan kepada guru kimia ketika j.k. Rowling masih di sekolah dahulu.(kompem cikgu kimia die asyik kene bahan..)

Daniel Radcliffe dan Rupert Grint mengaku nak usya Emma Watson masa mula-mula nak berlakon dalam siri Harry Potter tapi dalam masa yang sama Emma Watson mengaku yang dia nk usya Tom Felton. (patut la diorang jadi musuh..rebut awek rupanya..)

Expecto patronum bermaksud "I await a guardian" dalam Latin

Robert Pattison secara terbuka menyatakan beliau lebih suka memainkan watak Cedric Diggory daripada Edward Cullen (Twilight). (padahal ko jadi Cedric kejap je..tau la Twilight x best)

No comments:

Post a Comment