Monday, October 31, 2011

3 Soalan 1 Penampar

Pemuda : Anda siapa dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:

1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, Tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan...

Saturday, October 29, 2011

fakta menarik filem Harry Potter #2



skrip untuk Chamber of Secret asalnya memerlukan Hermione akan memeluk Harry dan Ron dalam adegan terakhir. namun Emma Watson malu-malu kucing lak. jadi, Chris Columbus dibenarkan untuk menukar adegan tersebut supaya Hermione hanya peluk harry kemudian mula memeluk Ron tetapi kedua-duanya segan dan diubah dengan hanya berjabat tangan. (eleh..padahal last2 ko cium jugak mamat tu..)



j.k. Rowling pernah berkata bahawa Voldemort disebut tanpa huruf "t".. (ntah hape bunyi daa..)

j.k. Rowling menulis kira-kira 5 halaman perkataan bermula dengan "Q" sebelum membuat idea perkataan "Quidditch".. (Qalcuta.. Quch Quch Hota Hai..)

Slytherin adalah pasukan yang pertama dan terakhir yang disebut dalam Harry Potter

Emma Watson terpaksa memakai rambut palsu dalam beberapa adegan bahagian Deathly Hallows part 2 selepas dia memotong semua rambutnya.. (adoy..pakai jela pape sihir mintak rambut tumbuh balik..ape susah..)

sepanjang filem-filem Harry Potter, 6 pelakon telah memainkan watak Voldemort.

adegan Voldemort dan Draco berpelukan dalam Deathly Hallow part 2 mengambil kira-kira 25 kali cubaan, tetapi sebenarnya adegan tersebut bukan dalam skrip. (bodoh jugak diorg ni)

Bellatrix adalah perkataan latin yang bermaksud "female warrior".

Emma Thompson menerima peranan Profesor Trelawney untuk menarik perhatian anak perempuannya berusia 4 tahun.

sesetengah peminat menganggap bahawa Snape adalah Dracula, kerana pemakaiannya sering disamakan dengan kelawar..

nagini bukan ular yang sama dengan yang Harry lepaskan dari zoo dalam filem pertama.

watak Severus Snape adalah berasaskan kepada guru kimia ketika j.k. Rowling masih di sekolah dahulu.(kompem cikgu kimia die asyik kene bahan..)

Daniel Radcliffe dan Rupert Grint mengaku nak usya Emma Watson masa mula-mula nak berlakon dalam siri Harry Potter tapi dalam masa yang sama Emma Watson mengaku yang dia nk usya Tom Felton. (patut la diorang jadi musuh..rebut awek rupanya..)

Expecto patronum bermaksud "I await a guardian" dalam Latin

Robert Pattison secara terbuka menyatakan beliau lebih suka memainkan watak Cedric Diggory daripada Edward Cullen (Twilight). (padahal ko jadi Cedric kejap je..tau la Twilight x best)

Friday, October 28, 2011

TIPS MENYEMBUHKAN MATA RABUN ( Ikhtiar )

• Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.

• Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.

• Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."

• Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.

• Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah,
Engkaulah yang menyihatkan".

Thursday, October 27, 2011

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

is it moving..??


Wednesday, October 26, 2011

Hand Paint






fakta menarik filem Harry Potter #1

1) Richard Harris hanya bersetuju untuk mengambil watak sebagai Dumbledore selepas cucunya mengugut untuk tidak bercakap dengan dia lagi.. (cucu Dumbledore lagi kejam dari Voldemort)


2) Gambar Gandalf (Lord of The Ring) tergantung dalam bilik Dumbledore dalam Chamber of Secret.

  
3) dalam Latin, vol de mort bermaksud wish for death.

4) dalam bahasa Perancis, vole de mort bermaksud flight of death.


5) j.k. Rowling asalnya merancang untuk mematikan watak Arthur Weasley dalam Order of Pheonix, tetapi ditukar kepada Sirius Black.  (kompem Harry Potter berbulu dengan j.k. Rowling kalau die dapat tahu)


6) kembar Fred dan George menyambut besday mereka pada hari April Fools. (patut la macam bodoh je dua ekor nie..)


7) lebih 16.000 orang mencuba nasib untuk mendapatkan peranan Harry Potter. (agak2 sape y dapat..?)

8) dalam bahasa cina, Draco Malfoy bermaksud lelaki arrogant guy (memang arrogant pun) 


9) babak terakhir dalam Sorcere's Stone adalah babak pertama yang difilemkan

10) terdapat 142 tangga di Hogwarts. (escalator xde ke..?? penat le naik tangga)


11) dalam kebanyakan filem-filem. cermin mata Harry Potter sebenarnya tidak mempunyai kanta: die hanya memakai bingkai sahaja. 

12) Harry Potter adalah ahli sihir yang telah terkena ketiga-tiga "unforgivable curses", dan masih bertahan. (untung la jadi watak utama..)

13) j.k. Rowling mengakui Fred adalah salah satu watak favorite dia dan dia menangis ketika menulis babak-babak kematian Fred. (em mesti die gelak2 masa tulis babak Voldemort mati..)

14) j.k. Rowling telah diminta untuk memainkan watak Lily Potter dalam filem pertama, tetapi dia telah menolaknya.. (takut kene kutuk la tu..xpn takut kene bunuh dgn Voldemort..)

kalau xde keje, bace la bende ni..

1- erm..nak cakap sikit dekat awak.. baca NO 5
2- Mmmm..cmne nak cakap? baca je la NO 8
3- na tahu ek? ermm , baca NO 9
4- huh, drpd pening baik baca jap NO 15
5- cmna ek nak cakap.. NO 17 je k
6- kite nk ckp skrg tapi lebih baik baca NO 16
7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2
8- yg kite nk ckp ni simple ja..tp baca dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18
10- Blom lg la..baca NO 19 ye..
11- da pnt ke? Baca jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)
13- tggal sikit ja lg baca NO 20
14- argh,pnt nih..baca NO 1
15- adui,dah pening dah ni.. baca la NO 6
16- laa, masih tak paham lg ke? Baca NO 12
17- ades, nak cakap nie..baca NO 7
18- kite tak tahu kalau awk paham..tlg baca NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanti awk akan tahu..
20- okey okey,skrg kite ckp..bace NO 14, tp slow2 ja..

Tuesday, October 25, 2011

Artis selepas beberapa tahun akan datang




Gambar #2

Cuba cari orang dalam gambar ni..hmm

aku pun tak jumpe lagi sampai sekarang..tapi masalahnya fakta mengatakan bahawa selepas anda mendapati lelaki itu - ia amat jelas. Sebaik sahaja anda mencarinya, anda akan rasa malu, dan anda akan berfikir, "Kenapa saya tidak melihat beliau dengan serta-merta?"

Gambar #1

Pasti korang nampak sepasang kekasih sedang ehem-ehem kan..??
Menariknya, penyelidikan telah menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak dapat mengenal pasti pasangan intim kerana ingatan dan otak mereka belum lagi melalui atau melihat aksi-aksi begitu.

Apa yang akan mereka lihat adalah beberapa ekor ikan lumba-lumba dalam gambar!

Oleh kerana anda bukan seorang kanak-kanak lagi, pasti sukar untuk kita melihat di mana ikan lumba-lumba tersebut. Senang saja..lihat ruang antara tangan kanan dan kepalanya, ekor pada lehernya, ikuti. Lihatlah pinggul kirinya, mengikut bahagian berlorek, ia satu sama lain, dan di bahu..senang cerita fokus pada bahagian warna hitam..Tapi kalau dah nampak tidak bermakna anda kanak-kanak pulak...hahaha

Monday, October 24, 2011

Jenis Orang Berdasarkan Kentut

Korang suka kentut ye..ade kuat ade pelahan..ade bau ade yang tak bau..hehhehe..jadi korang pilih korang kentut kategori ape..

Tak jujur : Orang yang kentut dan salahkan orang lain
Bengong : Orang yang tahan kentut berjam-jam
Yakin Dengan Diri : Orang yang kentut dengan lantang
Sadis : Orang yang kentut dalam selimut dan kibaskan baunya
Startegik : Orang yg sembunyikan bau kentut dangan ketawa dangan kuat
Misteri : Orang yg kentut tapi tidak dapat dikesan
Gugup : Kentut apabila disergah
Periang : Kentut pelan-pelan selepas itu senyum sorang-sorang

Korang kategori yang mane satu?

Sunday, October 23, 2011

Gerakan Tangan/Jari Yang Diharamkan Di Beberapa Negara

Buat korang yang suka melancong ke negara orang lain tu beringatlah.
korang kena pelajari dulu budaya kat tempat tu. kalau tidak
habis digelakkan nanti atau lebih teruknye korang kena perambat.
bukan jari tengah jer yang diharamkan, jari2 laen juga. Jom tengok gambar ni..

10 Jenis Kekejaman Perempuan Terhadap Lelaki

10. Nombor Telefon
Katakan anda adalah seorang lelaki dan telah berhempas pulas untuk menarik perhatian gadis idaman anda sekaligus mendapatkan nombor telefon si dia. Ya, akhirnya dia kelihatan tertarik kepada anda dan si dia memberi nombor telefon kepada anda. Tetapi bukan nombor telefon dia, tetapi jiran sebelah dia.
9. Kedai percuma
Berhati-hati apabila anda mempunyai kawan perempuan tahap ‘HOT’ baik punye kerana apabila si dia malas untuk keluarkan duit atau ingin rasa dihargai, dia akan mula mengambil handphone dan mencari mangsanya untuk diajak keluar. Kemudian apabila keluar, dia akan mula menunjukkan perangai manje al-gediks semata-mata untuk mendapatkan semuanya secara percuma…Pokai..Pokai….
8. Parasit
Perempuan jenis parasite ini adalah seseorang yang merasakan diriya tidak boleh hidup tanpa berpasangan dengan lelaki. Selagi masih belum jumpa lelaki baru, dia akan terus menghisap segala-galanya daripada anda. Apabila si dia jumpa lelaki yang lebih ‘baik’, dia akan tinggalkan perhubungan yang sedia ada dan mula hinggap ke mangsa yang baru. Segala kata-katanya adalah murahan semata-mata.
7. Ratu Putar Emosi
Menangis…Menangis…Menangis…. Sedingin mana pun lelaki terhadap perempuan, tetapi apabila perempuan mula menangis, lelaki akan mula gelabah dan cari jalan untuk buat perempuan berhenti menangis. Kalau kena yang jenis kuat menangis lepas tu manja, sengsara….
6. FizikalKadangkala susah jugak kalau perempuan ni terlebih pandai. Perempuan akan sesenang hati pukul, debik, dan belasah lelaki tetapi apabila lelaki mula angkat tangan, mulalah kata ayat biasa dia.
“Lelaki tak elok pukui pompuan taw…Dayus…”
5. Kritik
Perempuan tahu malu kalau kena kritik di khalayak umum tapi perempuan tak sedar kadangkala percakapan dan pebuatan dia telah mengkritik lelaki di khalayak ramai dan lebih tak berhari perut sehingga menjatuhkan maruah dan ego seorang lelaki.
4. Available
Anda sebagai seorang lelaki terlalu sayangkan kekasih anda tetapi si dia seolah-olah menganggap dirinya masih available dengan menjadi tumpuan lelaki dan membenarkan bermain cinta dengan lelaki lain dan bagi dia, ianya satu kepuasan!
3. Seks
Seks umpama nyawa kepada lelaki. Namun apabila seorang suami mengajak isterinya untuk ‘ehem…ehem.. dan isterinya menolak tanpa alasan yang tak munasabah, itu sesuatu yang memang kejam! Terseksa jiwa dan raga akibat memendam rasa…
2. Kawan Vs Awek
Si dia tahu anda akan keluar untuk tengok bola final ‘Liga Juara-Juara’ dengan kawan-kawan, tetapi dia dengan ‘slumber dog’ telefon anda untuk datang berjumpa dengannya, kalau tak datang, putus hubungan. Lepas tu kalau nak join tengok bola tak apalah jugak. Ini cuma hanya sebab nak katakan dia cinta anda dan rindukan anda…
1. Mengurat
Kalau lelaki lain mengurat kekasih atau gadis idaman anda mungkin masih boleh ditumbuk-tumbuk lelaki tersebut. Tetapi perempuan memang betul-betul kejam apabila dia tahu anda cinta dan sayangkan anda tapi sengaja mengurat lelaki lain dihadapan anda dengan cara layanan yang tidak pernah anda sendiri rasakan.

10 Tempat Paling Misteri Di Dunia

1. Rapa Nui (Easter Island)
Pulau ini berada di antara Tahiti dan Chile. Meraih populariti international kerana patung besar yg luar biasa dan berbentuk wajah manusia. Tiap patung tingginya 14 kaki (sekitar 4 meter), berat sekitar 14 tan dan terbuat dari batu vulkanis, dan merupakan hasil karya dari masyarakat Rapa Nui. Sampai sekarang masih belum diketahui bagaimanakah patung ini dibuat dengan teknologi primitif yang dimiliki masyarakat tersebut. Terdapat berbagai teori mengenai asal kewujudan patung tersebut, termasuk salah satunya adalah teori fantasi yang mengatakan bahawa patung ini hasil UFO. Tapi, sampai sekarang kebenaran dari semua teori yang ada belum terungkap.


2. Mesir
Berada di Afrika Utara, negara ini memiliki lebih dari 80 piramid yang di sepanjang sungai Nil. Masing2 tingginya hampir 100 meter, dan terbuat dari batu raksasa dengan berat masing-masing mencapai 100 to. Sampai sekarang legenda mengenai piramid masih mengundang berbagai gosip baru, mitos dan kepercayaan baru juga muncul. Dari semua piramid, yang tertinggi adalah Piramida Cheops. Semua piramid yg dibangunkan hanyalah dengan timbunan satu batu diatas batu yg lainnya. Tidak ditemukan pelekat, paku atau apapun yg digunakan dalam pembuatan piramid. Semua batu entah bagaimana saling membenarkan, sehingga sangat susah ditemukan adanya retakan atau celah.Permasalahan mengenai teknik pembangunan yang digunakan juga belum terjawab sampai saat ini.


3. Bermuda
Terletak di Atlantik Barat Laut. Dalam segitiga ini terdapat 7 pulau besar dan 150 pulau kecil yang sebenarnya adalah gugusan karang. Juga di sbeut sebagai segitiga seta- semua alat teknologi tinggi dan semua alat navigasi tidak mampu berfungsi dengan betul di tempat tersebut.Komunikasi dengan dunia diluar segitiga ini sering menjadi masalah.Tidak ada yang tahu mengapa dan bagaimana merungkai hal ini.


4. Antartika
Antartika adalah tempat yang sangat tidak sesuai untuk dihuni. Begitu banyak perubahan dan fenomena yang sampai sekarang menjadi rahsia besar buat sebahagian besar dari kita Memiliki banyak misteri, dari 14 juta kilometer benua tertutup salji dan ais dengan ketebalan antara 2000 sampai 4800 meter, tetapi ada juga pulau yang kering keseluruhannya, dan disebut “Lembah kering tanpa salju”.


5. Xinjian(City of Demon)
Di kota ini, terdapat daerah terbengkalai yang disebut “Moguicheng” atau kota iblis. Beberapa ‘istana’ di Moguicheng menimbulkan suara aneh yang tidak jelas dari mana asalnya. Jika anda mendekati kota iblis ini di hari panas dengan angin sepoi-sepoi, anda akan mendengarkan ritma manis, seperti 10 juta loceng kecil atau 10 juta gitar bermain bersama dengan sungguh indahya. Tapi jika angin kencang mendatang, maka suara yang timbul dari istan-istana itu di baratkan seperti raungan singa, tangis bayi atau lolongan serigala.


6. Stonehange
Stonehenge adalah susunan batu misteri di daerah pinggiran English. Masih tidak ada siapa yang tahu atas tujuan apakah dibangunnya, apakah ia istana, atau tempat pemujaan, atau kuil atau mungkin tanda adanya UFO?


7. Henan
Di Henan, Cina, anda akan menemukan daerah anomali geotermal yang disebut “bingbing bei” atau punggung ais. Semua wilayah Cina memiliki perubahan musim yang normal, para penduduk di daerah barat Propinsi Liaoning, Cina, memiliki suhu hangat yang tetap. Tetapi tibanya musim panas, maka mulaiah fenomena ajaib ini. Ketika suhu udara mencapai suhu 30 darjah Celsius dan matahari bersinar dengan cerahnya, perubahan besar-besaran terjadi, dan suhu satu meter dibawah tanah mencapai -12 darjah Celsius, sehingga tanah membeku dan semua air berubah menjadi ais.


8. Air Terjun Niagara
Air Terjun ini terkenal sebagai tempat persinggahan pelancong. Keajaiban alam ini terletak di perbatasan Kanada dan Amerika. Air terjun ini meliputi daerah seluas 250,000 batu persegi dan aliran airnya dapat mencapai 250,000 kaki kubik sejam.


9. Geyser
Geyser adalah aliran air panas yang menyembur dr permukaan tanah. Geyser selalu tampak menarik dan misteri. Salah satu tempat di Reykjavik, ibukota Iceland, terkenal dengan geysernya yang diameter-nya mencapai 20 meter dan ketika hujan, anda dapat menemukan pemandangan yang mengerikan iaitu aliran air yang menyembur begitu luar biasa sehingga mencapai ketinggian 70 meter. Jika anda mengunjungi Cina pula, dan menunggu di sekitaran Geyser di sungai Yangbo, Tibet. Geyser yang ada dapat saksikan menyembur dengan iringan suara yang mengejutkan setiap beberapa menit sekali. Diamter semburan air panas ini mencapai 2 meter dan ketinggian semburannya dapat mencapai 20 meter.


10. Pulau Arran dan Orkney
Dua pulau di Scotland ini adalah harta rahsia sejarah terpenting. Terletak di lautan Scotland yang dingin, kedua-dua pulau ini menarik pelancong dengan sejumlah bangunan/istana, runtuhan bangunan, lingkaran batu dan kuil-kuil kuno.

Fakta Yang Jarang Diketahui

  1. Bentuk air hujan tidak sama dengan bentuk air mata. Bentuk air hujan adalah bulat.
  2. Benda padat yang dipanaskan akan terus berubah jadi gas, tidak perlu jadi cecair lebih dahulu.
  3. Gorila tidur di sarang yang dibuat dari ranting-ranting pohon dan dedaunan. Jantan biasanya tidur di tanah, sementara betina tidur di sarang di atas pohon.
  4. Sebahagian besar proses pencernaan terjadi bukan diperut, tapi di usus halus.
  5. Cairan merah yang keluar dari daging stik setengah masak adalah bukan darah, tetapi mioglobin, iaitu“sepupu” darah yang ada di gentian otot.
  6. Beg shopping dari kertas dan plastik sama-sama mempunyai sifat buruk. Beg plastik susah diurai, sementara beg kertas memerlukan tenaga yang banyak semasa pembuatannya.
  7. Bulu beruang kutub itu transparen, bukan putih. Kulit mereka juga bukan putih, melainkan hitam. Ketika berada di kawasan panas dan lembap, kulit mereka boleh menjadi warna hijau kerana lumut.
  8. Pemetaan lidah yang menentukan bahagian tertentu untuk mengecap rasa tertentu itu adalah tidak benar. Seluruh rasa dapat dikecap oleh semua bahagian lidah.
  9. Ketika Anda hidup, otak berwarna merah muda. Ketika anda meninggal, otak berubah jadi kelabu
  10. Merkuri bukan satu-satunya cairan metal. Gallium (Ga) berbentuk pepejal pada suhu ruangan, tapi akan meleleh ketika diletakkan di tangan. Cesium (Cs) dan fransium (Fr) juga boleh mencair di sekitar suhu bilik
  11. Ikan Lumba-lumba tidak minum air laut. Mereka mendapat cairan dari
    makanan yang mereka makan. Minum air laut boleh membuatkan mereka sakit, bahkan mati.
  12. Union Soviet adalah negara pertama yang berjaya mendaratkan pesawat di bulan. Tahun 1959, Luna 2 berjaya mendarat di bulan. Tahun 1966, Luna 9 juga mendarat di sana. Empat bulan kemudian, Amerika Syarikat baru berjaya mendaratkan pesawat mereka, Surveyor I.

ULAT DI OTAK AKIBAT MAKAN SUSHI

Inilah akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama orang ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, umur 80 thn, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.
Jadi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!
Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunye didapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).


MACAM-MACAM WATAK PENGGUNA FACEBOOK

1. MODEL : Tukar gambar setiap hari
2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari...
3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)
4. WARTAWAN : Suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !
5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)
6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit
7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status.
8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam.
9. BUDAK BAJET KIUT/COMEL: menampilkan gambar dgn gaya aksi duckface!
10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. MOTIF..??
11. BUDAK DESPERATE: letak gambar2 seksi. tak pun bagi nmpk lurah dada or mendada (nak bagi orang nampak tetek dia besar..padahal ciput je)
HAHAHA ada yang terasa ?? which category are you ?

Wednesday, October 19, 2011

5 DEADLY TERMS BY A WOMAN

1) FINE - this is the word used to end an argument when she knows she is RIGHT & YOU need to SHUT UP.
 

2) NOTHING - means SOMETHING & you need to be worried.
 

3) GO AHEAD - this is a dare, not permission, do NOT do it.
 

4) WHATEVER - is a woman's way of saying SCREW YOU.
 

5) THAT'S OK - she is thinking long & hard on HOW & WHEN you will pay for your mistakes

Friday, October 14, 2011

Maharaja Lawak Mega

SELEPAS Raja Lawak, Maharaja Lawak kali ini diadakan pula Maharaja Lawak Mega selepas mengambil kira sambutan dan populariti program ini yang masih panas. Maharaja Lawak Mega ini menawarkan hadiah agak lumayan iaitu wang tunai RM350,000 kepada juara.

Jika Maharaja Lawak menjadi platform untuk menguji bakat bekas finalis akhir Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima, berlainan pula dengan Maharaja Lawak Mega yang memfokuskan kepada pelawak profesional.

Menampilkan barisan pelawak terkenal dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, program yang akan bersiaran di Astro Warna pada 28 Oktober depan itu diharap mampu menggarap bakat pelawak yang sudah dikenali itu.

Menurut Pengurus Pakej Mustika, Nizam Sani, program yang menampilkan 41 pelawak terkenal dengan 17 kumpulan dan solo itu diadakan bertujuan untuk mencari pelawak ‘terbaik di antara yang terbaik’ di Asia Tenggara.

Namun mewujudkan semula jenama sedia ada bukan bertujuan untuk memanipulasi program terbabit, tetapi adalah untuk membawa nama Malaysia ke peringkat luar seperti program realiti lain dari barat.

Nama besar seperti Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramlie, Jalil Hamid, Didie Alias, Enot, Harun Salim Bachik, Os, Abon, Yassin dan Bell Ngasri di antara yang akan menghangatkan lagi pentas Maharaja Lawak Mega, manakala AC Mizal sebagai pengacara.

Pemilihan peserta dari luar negara juga dibuat berdasarkan personaliti mereka dan mempunyai nama di negara sendiri. Bahkan setiap peserta diberi kebebasan dalam memilih anggota kumpulan sendiri bagi menempuh ujian yang bakal di tempuhi selama 10 minggu.

Senarai peserta Maharaja Lawak Mega

Pimai : Sathia, Imuda, Mat Over (Malaysia)
Hiro : Hamdan, Illya, Ropie (Malaysia)
Boboi : Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik (Malaysia)
Anje : Achong Sweet Child, Joey Daud (Malaysia)
Osbon : Mr Os, Abon (Malaysia)
Syok : Suhaimi, Ifa Raziah, Arif Sudin (Malaysia/Singapura)
Gebu : Hani, Azian (Singapura)
BP : Bob Kuman, Sobri (Malaysia)
Lanun : Jegan, Elyas, Salman (Malaysia)
JH : Jalil Hamid (Malaysia)
Adlin : Adlin Aman Ramlie (Malaysia)
Rap : Aziz Kota, Pak Lah, Rama (Malaysia)
Comel : Bell Ngasri, Radhi Khalid (Malaysia)
3G : Yassin, Didie Alias, Enot (Malaysia)
Bawel : Dodon, Amin Bawel, Dadang (Indonesia)
Saechu : Eko, Bocil, Vicha (Indonesia)
Caer : Adetao, Mr Ibo, Decaer (Indonesia)

Thursday, October 13, 2011

Balasan terlanjur

Wanita 1: sayang, u cintakan i?
Lelaki : ish, u ni.. of course la I cinta kan u. sgt2 tau. Kalau u xde mati i..
Wanita1: betul?
Lelaki: ye sayang, I tak tipu.
Wanita1: u ni, jangan la raba2 i..
Lelaki: I raba sikit je sayang
Wanita1: taknak la. . kalau terlanjur mcm mane?
Lelaki: kita kawen la.. I jumpa parents u
Wanita1: betul? U nak kawen dengan i?
Lelaki: betul sayang. . . sumpah. . u diam je .. jgn ckp ape2. I pegang skit2 je. 

SETAHUN LEPAS TU. . . 
Wanita1 : sampai hati u. . . tipu i.. dulu u kate nak nak kawen dgn i. tapi bile u dah dapat. U kawen dengan perempuan lain.. 
Lelaki : I lelaki, u ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang2 I boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. bukan mcm u. yang senang2 bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kawen dengan u? 
Wanita1: sampai hati u ckp mcm tu, dulu. . mase u nak.. mcm2 janji manis u bagi. Tapi skrg u salahkan i? 
Lelaki: I lelaki . . I Cuma uji u. . tapi u bagi. . I ambil la. . 
Wanita1: U memang jantan tak guna. . I menyesal kenal dengan u 
Lelaki: u menyesal? Tapi I puas. . jgn lupa datang kenduri I nanti. 
Wanita1: u akan dapat balasannye nanti . . 

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA2 
Lelaki: sayang. . . I love u so much. . 
Wanita2: me 2 sayang. . 
Lelaki: I bertuah kawen dengan u. 
Wanita: I pun, sayang.. I ada something nak bagitahu u 
Lelaki: ape dia sayang? 
Wanita2: sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tido dengan I . . I pernah tido dengan semua teman lelaki i. . untuk suke2. . . cari kepuasan . . tapi bile nak kawen. . I cari lelaki baik mcm u untuk jadi suami i. . u tak kesahkan? 
Lelaki: WHAT?????????????????? 
Moralnya setiap perbuatan yang tak baik kita akan mendapat balasannya kalau tak di akhirat, di duna juga kita akan mendapat bayaran cash..

Benda paling keras..

Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayah nya kerana tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa,,siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung .. Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling
keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf,
bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan .

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye
logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri

Muncullah lelaki ke-2 ..

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam
dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah
digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar
lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki#2: Silakan ..

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak
berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda
yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya Kemudian muncul lah
lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa
pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket
hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba
memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam poket
hamba ini

Maharaja: Hmmmm . Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri
teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.
Kemudian puteri terpegang sesuatu Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu
hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri
berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat .

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak .

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu
Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe .

Tapi .. Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan
kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang?
Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?
Hehehehehehehehehe ..

BENDA ITU IALAH COKLAT MM
CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!

Salah Hantar E-Mail

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya.

Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 13 Oktober 2011

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti,

Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Syaitan pun takut..

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .

Wednesday, October 12, 2011

Hukum Menyebut O.M.G

Seorang Muslim dituntut supaya sentiasa mengingati Allah. Dalam sepotong ayat Allah s.w.t berfirman "tidakkah dengan mengingati tuhan menjadi tenang". Justeru, untuk hidup tenang basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah. Kalimah "God" sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah. Dari segi bahasa, God hanyalah tuhan. Dalam bahasa Arab , Tuhan ialah "Rab". Perkataan Tuhan boleh dikata jamakkan dan ada jantina seperti "Gods" dan "Goddess". Berbeza dengan kalimah Allah, ia mengandungi makna tauhid di dalamnya. Tiada dua atau tiga, hanyalah Esa dan Satu. Jika kita orang Islam sebutlah YA ALLAH kerana maknanya berbeza dengan OH MY GOD

Monday, October 10, 2011

Betulkah Piring Astro Menghadap Kaabah?

Mungkin ada yang hairan dengan tajuk ni, adakah kebetulan ataupun memang benar-benar seperti yang dinyatakan. Apa-apa pun kita baca je lah fakta yang di copy paste ini.

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit.

Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana? KENAPA BEGITU?

Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh.. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.


Thursday, October 6, 2011

istilah komputer..

beginilah akibatnya orang Malaysia menterjemahkan istilah-istilah Komputer.

Istilah
Hardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client: pelanggan

Contoh
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

Terjemahan
"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

tanggalkan pakaian ku..

Di suatu kawasan pedalaman di Pahang, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang janda yang masih muda, seksi dan cantik, namanya Siti.

Siti membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Siti terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Siti memilih si pondan, bernama Man untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. Man telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Man kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si janda muda Siti ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si Man ni, Siti pun berkata kepada Man,

"Man, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah Man, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, Man tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Man pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Siti sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran Tv.

Siti menghampiri Man perlahan....

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Siti.
Man dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut ku."
Man buat, perlahan sekali.

"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.

"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Siti pun memandang Man, sambil berkata...

"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

18sx..

Cerita 1
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. khairul azman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. khairul azman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip khairul azman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

Cerita 2
Saiful nizam menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …”cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas” . Anak saiful nizam yang masih bayi terus menangis meminta susu. saiful nizam semakin tension.

Cerita 3
Azmir meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. azmir tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk “bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.”

Cerita 4
Syarizal menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar “Come on baby, lets make it…”..katanya berulanang-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan syarizal kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Cerita 5
Zaulyn merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. zaulyn pun menjerit “..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya..”..

all u should know about bra..

Q: Which is the striped BRA?
zeBRA

Q: Poisonous BRA?
coBRA

Q: Mathematical BRA?
algeBRA

Q: Sunsign BRA?
liBRA

Q: Magical BRA?
aaBRA ka daBRA

Q: Metallic bra
BRAss

Q: Anjelina jolie's Bra
BRAd pit..

Q: Botany BRA
BRAnch

Q: Marketing BRA
BRAnd!

Q: AMERICAN PRESIDENTIAL BRA
BRAaak Obama

Q: puctuation k liye bra
BRAcket

Q: Scary bra....
GhaBRAahat!!!!

Q: a room where BRA's are kept..
LiBRAry

Q: Bra which became the american president and inspired the whole world,
aBRAham Lincoln!

Q: which bra is very important for any vehicle
BRAke

cucuk2 Siti

Siti (bukan nama sebenar) adalah sorang budak perempuan yang kuat melatah.. Satu hari ketika kelas agama..Ustaz bertanyakan soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape pn dpt jawab. Ada la sorang budak lelaki, Ahmad (juga bukan nama sebenar) kat belakang Siti tu jahat sikit.. Dia pun cucuk bontot Siti dengan pensil, Siti pun menjerit "opocot MAK kau!!" Ustaz pun puji Siti sebab bagi jawapan yang betul..Ustaz tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Ahmad pun cocok lagi ngan pensil..Siti pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustaz puji dia sebab bagi jawapan yang betul..Pastu ustaz pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut seorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Sekali lagi Ahmad menyakat Siti. Tapi kali ni Siti bengang dan dia terus bangun dan berkata "Ko cucuk bontot aku pakai benda tu lagi siap ko !!" Ustaz tu terus tergamam dengan jawapan Siti..

peristiwa malam pertama

Sepasang pengantin tengah bersiap untuk hari persandingan mereka..Tiba-tiba kasut pengantin perempuan terputus..Mereka pun mula kelam kabut sebab lagi 1 jam nak bersanding..Kemudian datang adik pengantin perempuan memberitahu kakaknya yang dia boleh meminjam kasut dia tapi kasut tu tak sama dengan saiz kaki nya malah lebih kecik..kerana terpaksa,dia pakai jugak kasut tu..sakit, pedih semua dia rasa..tapi terpaksa la dia tahan sebab harini hari penting dia..

Bila tiba waktu malam, pasangan tu masuk la ke bilik tidur..perkara pertama yang dia nak buat ialah bukak kasut yang ketat itu. Dia pun meminta suaminya membukakan kasut itu (kena la manja2 dulu)..

Disebelah bilik pengantin itu, ada beberapa ahli keluarga mereka yang sedang curi2 dengar..Tiba2 mereka terdengar suara pengantin perempuan mengerang kesakitan..pastu pegantin lelaki menjerit..
 
"Owhh!!! Ketatnya sayaaaaaanggg!"

Keluarga pengantin perempuan dengan bangga berkata.. "Haa..kan saya dah cakap..anak saya tu masih dara lagi..Kemudian mereka terdengar pulak pengantin lelaki berkata..

"Yang satu lagi ni pasti lebih ketat..Tahan ye sayang..Mula2 memang sakit sikit.."

Kedua2 keluarga pengantin pun terkedu. Errr.... jahanam..depan belakang pun disapunya.haha

jilat jari bekas mulut mayat

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!